Gambar Pilihan Hari Ini
Percaya atau tidak, bulu kambing ini adalah seberat 35 kilogram!

(Gambar: AFP/Handout)
BERITAmediacorp: Percaya atau tidak, bulu kambing ini adalah seberat 35 kilogram!
Kambing yang diberi nama Baarack ini adalah kambing liar yang ditemui berlegar-legar di kawasan hutan dalam keadaan bulunya yang kotor dan berlumpur. Kambing seperti ini sebenarnya sukar untuk bergerak dengan bulu yang tebal dan seberat itu dan jika bulu kambing tidak dipotong sekurang-kurangnya setahun sekali, haiwan itu boleh mati.
Baarack sudahpun dihantar ke tempat perlindungan haiwan untuk dipotong bulunya. Bulu Baarack yang seberat 35 kilogram itu bagaimanapun tidak dapat mengalahkan seekor lagi kambing bernama Chris, dengan bulu seberat seberat 41 kilogram pada 2015.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.