Skip to main content

Gambar Pilihan Hari Ini

Sejauh manakah anda sanggup memburu minat terhadap sesuatu rancangan? Bagi seorang peminat Star Wars yang sangat kemaruk ini, beliau sanggup menghabiskan wang simpanan dan menggadaikan keretanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Evgeniy SOFRONEYEV/AFP)

Diterbitkan : 15 Mar 2021 02:25PM Dikemas Kini : 15 Mar 2021 02:34PM

BERITAmediacorp: Sejauh manakah anda sanggup memburu minat terhadap sesuatu rancangan? Bagi seorang peminat Star Wars yang sangat kemaruk ini, beliau sanggup menghabiskan wang simpanan dan menggadaikan keretanya.

Gambar PIlihan Hari Ini memaparkan replika Razor Crest, sebuah kapal perang yang dibawa oleh watak utama dalam rancangan The Mandalorian. Berharga sekitar AS$10,200, kapal angkasa setinggi 4 meter itu malah mempunyai pintu yang boleh dibuka dan dalaman yang direka dengan teliti mengikut jalan cerita rancangan tersebut.

Namun memandangkan replika itu dibina oleh seorang rakyat biasa yang tidak mempunyai bajet besar seperti studio filem, warga Rusia itu, Ayaal Fyodorov, 28 tahun, dilaporkan membelanjakan kesemua wang simpanan, menjual keretanya dan meminta sumbangan orang ramai untuk melengkapkan projek itu!

Minat Star Wars tetapi tidak berhasrat untuk berbelanja sampai AS$10,200? Kunjungilah pameran ini:
Pameran baru Star Wars daya tarikan terkini Muzium ArtScience

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita