Skip to main content

Gambar Pilihan Hari Ini

Semua peminat komik dan francais filem Marvel pasti kenal lambang yang dipaparkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Petikan skrin: Instagram/Disney+ SG)

Diterbitkan : 24 Mar 2021 03:23PM Dikemas Kini : 24 Mar 2021 03:28PM

BERITAmediacorp: Semua peminat komik dan francais filem Marvel pasti kenal lambang yang dipaparkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini.

Tidak lain dan tidak bukan, ia adalah lambang watak adiwira Captain America, yang perisainya dipancarkan pada roda raksasa Singapore Flyer.

Namun jangan pula anda tergesa-gesa memandu ke Jambatan Benjamin Sheares pula malam ini! Ini kerana ia sekadar petikan skrin daripada rakaman video di akaun media sosial Disney+ yang mempromosikan siri baru di wadah tersebut: The Falcon and the Winter Soldier.

Bagi mempromosikan rancangan tersebut, Disney+ turut menerbitkan gambar dan video 'promo' serupa di akaun media sosial mereka bagi menunjukkan lambang sama di mercu tanda lain merata dunia seperti London Eye di Britain dan La Grande Roue de Marseille di Perancis. 

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita