Gambar Pilihan Hari Ini
Kalau anda gemar membaca buku, tempat ini mungkin seperti 'syurga' buat anda. Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan sebuah perpustakaan baru di China yang berjaya menambat hari para pengunjungnya.
Perpustakaan Tianjin Binhai di China. (Gambar: Fred Dufour/ AFP)
BERITAMediacorp: Kalau anda gemar membaca buku, tempat ini mungkin seperti 'syurga' buat anda. Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan sebuah perpustakaan baru di China yang berjaya menambat hati para pengunjungnya.
Anda mungkin sempat keliru tentang cara pembaca boleh mendapatkan bahan bacaan mereka. Jangan tertipu! Sebenarnya, bukan semuanya dibarisi buku-buku betul. Latar dalam gambar ini hanya cetakan gambar semata-mata. Cetakan ini ditampal ke plat aluminium di bahagian belakang rak-rak buku.
Meskipun begitu, anda boleh memilih daripada 200,000 buku yang tersedia di perpustakaan ini. Perpustakaan ini juga bermatlamat untuk mengembangkan koleksi bukunya kepada 1.2 juta!
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.