Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Kurang upaya atau berkerusi roda tidak bermakna segala-galanya sudah berakhir.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Wong Wai-kin/Handout via Reuters)

Diterbitkan : 13 Jan 2018 11:45AM Dikemas Kini : 13 Jan 2018 11:50AM

BERITAMediacorp: Kurang upaya atau berkerusi roda tidak bermakna segala-galanya sudah berakhir. Jika dibulatkan tekad, pencapaian mereka yang kurang upaya boleh setanding dengan mereka yang sempurna.

Itulah iktibar yang boleh diambil daripada tekad dan kesungguhan lelaki kurang upaya dalam gambar pilihan kami hari ini. Lelaki bernama Lai Chi-wai ini mendaki gunung Lion Rock di Hong Kong.

Biarpun diuji dalam satu kemalangan sehingga menyebabkan dirinya berkerusi roda sejak tujuh tahun lalu, ia tidak mematahkan semangat beliau memanjat gunung yang tingginya lebih kurang sama dengan Empire State Building di New York!

Sumber : BERITA Mediacorp/Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan