Gambar Pilihan Hari Ini
Pantun Melayu ada berbunyi, "Kalau padi katakan padi, tidaklah hamba tertampi-tampi...". Namun jika dilihat sekali imbas Gambar Pilihan Hari Ini, mungkin pembaca akan terkeliru seketika sama ada apa yang ditatapi itu padi atau potret berwarna-warni.
(Gambar: STR/AFP)
BERITAmediacorp: Pantun Melayu ada berbunyi, "Kalau padi katakan padi, tidaklah hamba tertampi-tampi...". Namun jika dilihat sekali imbas Gambar Pilihan Hari Ini, mungkin pembaca akan terkeliru seketika sama ada apa yang ditatapi itu padi atau potret berwarna-warni.
Gambar yang dipetik di Shenyang, di wilayah Liaoning, China, memaparkan sebuah potret sekumpulan belia dengan menanam jenis padi yang berbeza-beza, menghasilkan arca seni yang kelihatan seperti dilukis di sawah bendang.
Menurut laman blog seni 'An Art 4 Life', corak-corak tersebut dirancang berbulan-bulan lebih awal, supaya jenis-jenis padi berbeza warna dan ketinggian dapat ditanam mengikut susunan yang diinginkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.