Gambar Pilihan Hari Ini
Kalau anda selalu melihat 'mamak roti prata' menebar prata di gerai, Gambar Pilihan Hari Ini pula memaparkan suasana di sekitar Amritsar di mana kanak-kanak kelihatan menebar sesuatu yang diperbuat daripada kayu.

(Gambar: Narinder Nanu/ AFP).
BERITAMediacorp: Kalau anda selalu melihat 'mamak roti prata' menebar prata di gerai, Gambar Pilihan Hari Ini pula memaparkan suasana di sekitar Amritsar di mana kanak-kanak kelihatan menebar sesuatu yang diperbuat daripada kayu.
Sebenarnya, aksi 'menebar' ini merupakan kemahiran dalam seni mempertahankan diri oleh penganut agama Sikh yang dikenali sebagai 'Gatka'. Alat berwarna hijau dan merah jambu inilah senjata pendekar Gatka.
Jadi, kalau anda ke Amritsar, jangan pula anda berfikir mereka hanya bermain-main sahaja! Perlawanan Gatka diadakan minggu lalu pada 20 Januari.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.