Gambar Pilihan Hari Ini
Bermandi percikan api. Malah, jika anda perhatikan, lelaki ini sebenarnya sengaja membuka mulut dan membiarkan mukanya 'dihujani' bunga api.
BERITAMediacorp: Bermandi percikan api. Malah, jika anda perhatikan, lelaki ini sebenarnya sengaja membuka mulut dan membiarkan mukanya 'dihujani' bunga api.
Di wilayah timur China, kaum Adam akan menanggalkan baju mereka dan menyamar sebagai dewa masing-masing. Mereka kemudian membongkok ke pancuran bunga api kerana mereka percaya ini dapat membersihkan diri mereka daripada gangguan hantu selain memastikan mereka akan dapat meraih banyak keuntungan pada tahun itu.
Upacara ‘menjamu percikan api’ ini diadakan setiap tahun di kampung-kampung seperti Xiaohu dan wilayah pantai Fujian.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.