Gambar Pilihan Hari Ini
Apabila dua jenama besar bergabung tenaga, hasilnya pasti agak luar biasa, seperti yang dirakam dalam Gambar Pilihan Hari Ini.
(Gambar ihsan: The LEGO Group)
BERITAmediacorp: Apabila dua jenama besar bergabung tenaga, hasilnya pasti agak luar biasa, seperti yang dirakam dalam Gambar Pilihan Hari Ini.
Model kasut 10282 LEGO adidas Originals Superstar berukuran panjang 2.05 meter dan setinggi 1.34 meter ini dihasilkan menggunakan kepingan-kepingan LEGO dan menyerupai kasut ikonik yang pasti dikenali setiap 'sneakerhead' atau peminat tegar kasut sneaker.
Ia akan dipamerkan secara bergilir-gilir di Bugis+, Vivocity dan Suntec City hingga 31 Ogos ini untuk tatapan ramai. Jika 'selfie' sahaja tidak mencukupi, anda juga boleh membeli model serupa - tetapi dalam ukuran saiz lebih kecil di kedai-kedai LEGO yang diperakui dan secara online di laman adidas Singapore pada harga sekitar $140 mulai 1 Julai.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.