Gambar Pilihan Hari Ini
"Ini yang aku punya!". Itulah agaknya yang berada di benak fikiran peminat Maghribi ini.

(Gambar: Attila Kisbenedek/ AFP)
BERITAMediacorp: "Ini yang aku punya!". Itulah agaknya yang berada di benak fikiran peminat Maghribi ini. Beliau seolah-olah tidak dapat menerima hakikat pasukan negaranya gagal mara ke pusingan 16 terbaik, malah yang pertama tersingkir dari Piala Dunia 2018.
Lengkap dengan jubah dan songkok, "piala dunia" dikepit di bawah lengannya. Matanya pula garang memandang orang di sekelilingnya. Jelas, beliau cuba mempertahankan piala dalam genggaman.
Gambar ini dipetik awal tadi (26 Jun) di Stadium Kaliningrad di mana dunia menyaksikan perlawanan sengit antara Sepanyol dengan Maghribi. Sepanyol menjuarai Kumpulan B selepas seri 2-2 dengan pasukan itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.