Gambar Pilihan Hari Ini
Seolah-olah lelah dan tidak ingin angsa ini terlepas lagi, lelaki dalam Gambar Pilihan Hari Ini meletakkan angsa di bawah kelangkangnya.
(Gambar: Reuters)
BERITAMediacorp: Seolah-olah lelah dan tidak ingin angsa ini terlepas lagi, lelaki dalam Gambar Pilihan Hari Ini meletakkan angsa di bawah kelangkangnya.
Bukan untuk disembelih, tetapi sekadar ingin memasang gelung di kaki angsa ini supaya dapat dikenal pasti dan memantau bilangan spesies itu di Sungai Thames. Angsa-angsa kemudian akan dilepaskan. Gelang itu juga dipasang selepas para pegawai memeriksa kesihatan angsa-angsa tersebut.
Sebenarnya, amalan ini dilakukan dalam satu acara tahunan di Britain. Ia adalah sebahagian daripada usaha melindungi angsa-angsa di negara itu terutama sekali selepas kegiatan riadah dijalankan di habitat semula jadi haiwan itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.