Gambar Pilihan Hari Ini
Menjadi satu tradisi di Brussels di mana pekarangan tapak warisan dunia UNESCO ini dihiasi dengan bunga Begonia setiap dua tahun.
BERITAmediacorp: Hampir satu juta kuntuman bunga Begonia digunakan bagi permaidani bunga ini. Ia sudah menjadi satu tradisi di Brussels di mana pekarangan tapak warisan dunia UNESCO ini dihiasi dengan bunga Begonia setiap dua tahun.
Lebih menarik lagi, permaidani bunga dalam Gambar Pilihan Hari Ini hasil kerjasama 120 sukarelawan yang memerah keringat untuk menghasilkan permaidani yang berukuran 77 meter kali 24 meter dalam tempoh empat jam sahaja!
Tema permaidani bunga tahun ini adalah Mexico. Ia khas bagi Guanajuato, sebuah wilayah Mexico yang kaya dengan tradisi budaya tanam-tanaman.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.