Gambar Pilihan Hari Ini
Pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini (19 Okt) dibanjiri ratusan penyokong Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi.
Ratusan penyokong Ahmad Zahid Hamidi membanjiri luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 19 Okt (Gambar: AP)
BERITAmediacorp: Pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini (19 Okt) dibanjiri ratusan penyokong Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi.
Ratusan penyokong berhimpun sejak awal pagi dengan berseragam serba merah bagi menunjukkan sokongan buat mantan timbalan perdana menteri Malaysia itu.
Berlaku sedikit kekecohan di luar pintu pagar selepas tidak berpuas hati dengan tindakan polis menutup pintu pagar masuk ke kompleks berkenaan.
Encik Ahmad Zahid dihadapkan ke mahmakah atas lebih 40 pertuduhan berhubung rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang yang semuanya melibatkan RM144 juta (S$47.7 juta).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.