Gambar Pilihan Hari Ini
Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus di Pulau Pinang masuk hari kelima hari ini (23 Okt).
(Gambar: Bernama)
BERITAmediacorp: Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus di Pulau Pinang masuk hari kelima hari ini (23 Okt).
Di sebalik usaha menyelamatkan mangsa, para anggota bomba juga berjaya menyelamatkan seekor kucing yang tertimbus di bawah runtuhan tanah.
Lihat sajalah gambar hari ini. Pasti anda berasa sedih melihat si comel ini yang ditemui dalam keadaan yang sungguh menyayatkan hati, dengan tubuhnya berlumpur dan kedua-dua kakinya cedera, sehingga menampakkan tulang.
Meskipun terselamat, kucing ini akhirnya terpaksa dimatikan bagi menghentikan kesakitan yang dialaminya.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.