Gambar Pilihan Hari Ini
Manusia seringkali menjadikan haiwan peliharaan sebagai pendamping setia. Namun, bagaimana pula jika haiwan peliharaan yang dimaksudkan adalah seekor kerbau?

(Gambar: สุรัตน์ แผ้วเกตุ/Facebook)
BERITAmediacorp: Manusia seringkali menjadikan haiwan peliharaan sebagai pendamping setia. Namun, bagaimana pula jika haiwan peliharaan yang dimaksudkan adalah seekor kerbau?
Gambar pilihan kami hari ini memaparkan Surat Paewkate, seorang peladang dari daerah Chainat di Thailand, dan kerbau di bawah jagaannya dikenali sebagai Thong Kham.
Paewkate mula menjaga kerbau itu dua bulan lalu, tetapi tidak pernah sesekali pun menyangka akan menjalinkan hubungan rapat dengan haiwan berkenaan. Sepanjang menjaga Thong Kham, Paewkate gemar menunggangnya serta mengambil gambar bersama teman barunya itu.
Yang menarik sekali, Paewkate memerhatikan Thong Kham meniru perbuatannya. Gambar-gambar yang beliau muat naik menawan hati pengguna media sosial yang antaranya mengatakan gambar dua sahabat itu menceriakan hari mereka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.