Gambar Pilihan Hari Ini
Bagaimana agaknya kehidupan seharian mereka yang duduk di kota terdingin dunia? Melihat wajah wanita ini sahaja mungkin sudah membuat anda menggigil.
(Gambar: Mladen Antonov/AFP)
BERITAmediacorp: Bagaimana agaknya kehidupan seharian mereka yang duduk di kota terdingin dunia? Melihat wajah wanita ini sahaja mungkin sudah membuat anda menggigil.
Dekat sebuah petempatan Oy sekitar 70 kilometer dari arah selatan Yakutsk di Rusia, salju bukan sahaja menyelimuti jalanan tetapi juga menghiasi bulu mata penduduknya. Suhu di sini boleh mencecah sehingga 41 darjah Selsius di bawah sifar, sehingga menjejas bekalan air penduduk tempatan.
Malah penduduk perlu bergantung kepada ais yang dicairkan sebagai bekalan minuman. Yakutsk merupakan antara kawasan yang kekal ditutupi air beku di kawasan kutub.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.