Gambar Pilihan Hari Ini
Baru-baru ini, gambar seorang pendatang wanita rakyat Amerika Tengah dan dua orang anaknya, tular tular di media sosial, dan menarik perhatian ramai netizen.

(Gambar: Guillermo Arias/AFP)
BERITAmediacorp: Baru-baru ini, gambar seorang pendatang wanita rakyat Amerika Tengah dan dua orang anaknya tular di media sosial, dan menarik perhatian ramai netizen.
Ia menunjukkan mereka melarikan diri dari gas pemedih mata yang dilepaskan anggota keselamatan Amerika Syarikat berhampiran pagar sempadan yang memisahkan negara itu dengan Mexico.
Gambar pilihan kami hari ini bagaimanapun memaparkan gambar yang agak berbeza. Kanak-kanak tidak dilihat menjerit dalam keadaan huru-hara, tetapi sebaliknya kelihatan beramah mesra dengan para pegawai polis Persekutuan Mexico di pintu masuk El Chaparral di sempadan AS-Mexico di Tijuana di wilayah Baja California, Mexico.
Kanak-kanak yang tidak berdosa seringkali terdedah kepada bahaya dan mudah terjejas dalam situasi-situasi begini. Para pegawai polis ini tentunya dapat menceriakan kehidupan kanak-kanak ini sedang mereka mencari suaka di Amerika Syarikat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.