Skip to main content

Gambar Pilihan Hari Ini

Sebagaimana kisah-kisah mencuit hati dan pelik cepat tular di media sosial, keikhlasan serta baik budi sebilangan orang yang melakukan kerja-kerja murni sering juga menarik perhatian orang ramai.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Jonathan Vendi/Facebook)

Diterbitkan : 10 Dec 2018 11:44AM Dikemas Kini : 10 Dec 2018 11:46AM

BERITAmediacorp: Sebagaimana kisah-kisah mencuit hati dan pelik cepat tular di media sosial, keikhlasan serta baik budi sebilangan orang yang melakukan kerja-kerja murni sering juga menarik perhatian orang ramai.

Gambar Pilihan Hari Ini dikongsi seorang pengguna Facebook, 'Jonathan Vendi'. Beliau sedang berada dekat dengan persimpangan sebatang jalan apabila terlihat sendiri seorang wanita dengan rela hati menawarkan untuk berkongsi payung dengan seorang pak cik sedang hujan turun.

Semestinya, ini membuat pengguna Facebook itu bangga dengan tindakan wanita itu. "Singapura, masyarakat berbilang kaum (yang harmonis)," tulis beliau.

Ramai juga yang mengongsi gambar itu dan memuji perbuatan wanita tersebut.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita