Gambar Pilihan Hari Ini
"Saya akhirnya membawa Ultraman kepadanya, dalam dunia nyata. Ia mungkin tidak bermakna bagi orang-orang 'normal' seperti kita. Tetapi, melihatnya berseronok selama satu setengah jam, tidak ternilai rasanya."

(Gambar: Arthur Techeir)
BERITAmediacorp: "Saya akhirnya membawa Ultraman kepadanya, dalam dunia nyata. Ia mungkin tidak bermakna bagi orang-orang 'normal' seperti kita. Tetapi, melihatnya berseronok selama satu setengah jam, tidak ternilai rasanya."
Itulah kata-kata seorang pengguna Facebook dengan nama 'Arthur Techeir' semasa berkongsi tentang adiknya yang kini berusia 32 tahun dan kurang upaya.
Adiknya hilang keupayaan mental selepas terlibat dalam satu kemalangan pada sekitar 1986. Waktu itu, beliau masih berusia kira-kira tiga tahun. Sejak itu, beliau mengalami masalah pembangunan - "tiada doktor, bomoh dan ustaz" yang dapat memulihkannya, kata beliau. Satu-satunya kegiatan yang dilakukan setiap hari adalah menonton Ultraman dan Power Rangers.
"Saya sudah ada idea ini sejak sekian lama, tetapi sebelum ini saya tidak mampu. Tetapi sekarang saya sudah mempunyai pendapatan tetap," tambah 'Arthur Techeir'.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.