Gambar Pilihan Hari Ini
Ramai yang mengatur menu dan belanja dapur secara mingguan khususnya bagi kaum ibu yang sibuk bekerja. Sering kali, berbelanja di pasar dilakukan pada hujung minggu. Jadi, bagaimana agaknya reaksi anda jika melihat seorang 'Barbie' bernyawa sedang membeli barang-barang dapur?

Petikan gambar dari video @dodolism yang dimuat naik ke laman Twitter.
BERITAmediacorp: Ramai yang mengatur menu dan belanja dapur secara mingguan khususnya bagi kaum ibu yang sibuk bekerja. Sering kali, berbelanja di pasar dilakukan pada hujung minggu. Jadi, bagaimana agaknya reaksi anda jika melihat seorang 'Barbie' bernyawa sedang membeli barang-barang dapur?
"Ada Barbie jatuh dari langit ke?"
Itulah reaksi para netizen selepas video seorang wanita melaram cantik walaupun hanya ke pasar, dikongsi menerusi kiriman Twitter. Dalam video @dodolism, wanita berkenaan kelihatan mengenakan baju penuh labuci rona hitam yang dipadankan dengan skirt kembang merah jambu. Rambutnya pula diwarnakan perang muda, persis seperti boneka 'Barbie'.
Semestinya, mereka yang berada di pasar juga terkejut. Video itu mencuit hati para penonton dengan reaksi sebilangan kaum Adam yang berada di pasar tersebut ketika itu.
Menurut agensi berita Gempak, wanita berkenaan bernama Izubiela dan beliau merupakan seorang usahawan yang menjual produk kecantikan. Tindakannya itu juga mungkin satu teknik pemasaran untuk menarik perhatian ramai.
Pastinya, ada juga yang kurang senang beliau berpakaian seperti itu ke pasar. "Part last tu, kelakor. Kena tegur dengan makcik," tulis @dodolism.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.