Gambar Pilihan Hari Ini
Tahukah anda, monyet marmoset adalah sejenis spesies monyet yang sering diseludup? Bahkan, ia diseludup ke negara ini dan kelihatan di Punggol!
BERITAmediacorp: Tahukah anda, monyet marmoset adalah sejenis spesies monyet yang sering diseludup? Bahkan, ia diseludup ke negara ini dan kelihatan di Punggol!
Persatuan Kajian dan Pendidikan Keprihatinan Haiwan (ACRES) sebelum ini dimaklumkan pada malam Sabtu (15 Dis) tentang seekor monyet marmoset yang kelihatan "sesat" di Blok 271D Punggol Walk.
Para pegawai ACRES pada keesokan paginya mula mencari haiwan itu. Mujur, seorang penduduk menemui monyet marmoset tersebut di tingkat bawah tanah sebuah tempat letak kereta dan kemudian meletakkannya dalam satu kotak sebelum memaklumkan ACRES.
Haiwan itu dipercayai berasal dari Brazil dan diseludup secara haram ke negara ini. ACRES menyatakan bahawa haiwan itu akan diserahkan kepada Taman Haiwan Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.