Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Bencana yang melanda meragut ratusan nyawa dan mencederakan beribu-ribu yang lain, selain meruntuhkan bangunan dan tempat tinggal bagi ramai keluarga.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Anak dan ibu yang terselamat dari bencana tsunami Indonesia 22 Dis (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 27 Dec 2018 01:11PM Dikemas Kini : 27 Dec 2018 01:17PM

BERITAmediacorp: Bencana yang melanda meragut ratusan nyawa dan mencederakan beribu-ribu yang lain, selain meruntuhkan bangunan dan tempat tinggal bagi ramai keluarga.

Namun kemusnahan yang dibawa tidak terhenti di situ sahaja. Bagi mereka yang terselamat dari tsunami yang melanda Selat Sunda pada 22 Disember, seperti pasangan ibu dan anak dalam Gambar Pilihan Hari Ini, usaha kembali kepada kehidupan harian kini seperti satu perjalanan yang berliku-liku.

Selain perlu bangkit dari kedukaan dan trauma, para relawan memberi amaran warga Indonesia yang terjejas turut berdepan dengan kekurangan bekalan air bersih, makanan dan ubat-ubatan.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan