Gambar Pilihan Hari Ini
Siapa yang tidak kenal Stan Lee - seorang penulis, pengarang dan penerbit yang menghidupkan pelbagai watak adiwira Marvel Comics?

(Gambar: Mark Ralston/AFP)
BERITAmediacorp: Siapa yang tidak kenal Stan Lee - seorang penulis, pengarang dan penerbit yang menghidupkan pelbagai watak adiwira Marvel Comics?
Sempena hari lahirnya pada 28 Disember lalu, para peminat komik Marvel berhimpun di bintang 'Walk of Fame' Stan Lee di Hollywood, California bagi memperingati mendiang.
Dalam gambar pilihan kami hari ini, para peminat Marvel siap berpakaian kostum adiwira Spiderman bagi memberi perghargaan dan sanjungan kepada Stan Lee - iaitu yang pertama sejak mendiang meninggal dunia pada tahun lalu.
Kerjaya Stan Lee yang bertahan selama 70 tahun bermula dari tahun 1940an hingga 2010an, sebelum meninggal dunia pada usia 95 tahun pada 12 November lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.