Skip to main content

Gambar Pilihan Hari Ini

Selepas berseronok dan beriadah dengan sepuas-puasnya semasa musim cuti sekolah hujung tahun, pasti agak 'liat' bagi pelajar untuk kembali ke sekolah. Namun sekolah ini ada 'umpan' bagi menyuntik semangat para pelajarnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 03 Jan 2019 12:28PM Dikemas Kini : 03 Jan 2019 12:30PM

BERITAmediacorp: Selepas berseronok dan beriadah dengan sepuas-puasnya semasa musim cuti sekolah hujung tahun, pasti agak 'liat' bagi pelajar untuk kembali ke sekolah. Lebih-lebih lagi jika terbayang wajah pengetua atau guru disiplin yang garang menunggu mereka di pintu masuk sekolah.

Bagi murid-murid Sekolah Kebangsaan Mentakab (Chatin), Temerloh pula, hari pertama sekolah sebaliknya dipenuhi keceriaan dengan kemunculan watak adiwira Iron Man yang menyambut ketibaan murid-murid.

Menukil pengetua sekolah itu, Bernama melaporkan daya usaha tersebut adalah bagi menyuntik semangat pada kanak-kanak di hari pertama sekolah. Melihat kegembiraan yang terpancar pada wajah para murid seperti yang dipaparkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini, ternyata strategi sekolah itu membuahkan hasil.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita