Gambar Pilihan Hari Ini
Memancing ikan sememangnya suatu kegiatan yang mencabar, namun lebih hebat lagi jika anda hanya dengan menggunakan dua belah tangan sendiri!
BERITAmediacorp: Memancing ikan sememangnya suatu kegiatan yang mencabar, namun lebih hebat lagi jika anda hanya dengan menggunakan dua belah tangan sendiri!
Apatah lagi, ikan ditangkap dari sebatang sungai beku semasa musim sejuk dengan menebuk lubang di atas permukaan ais!
Itulah yang dipaparkan dalam gambar pilihan kami hari ini.
Setiap tahun, pesta tahunan memancing di Korea Selatan ini memikat berjuta-juta pengunjung ke sungai Hwacheon, yang terletak sekitar 120 kilometer dari bahagian timur laut Seoul.
Sepanjang pesta selama tiga minggu ini, pihak penganjur menggerudi sekitar 20,000 lubang di dalam sungai beku itu dan membebaskan 180 tan ikan air tawar.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.