Gambar Pilihan Hari Ini
Anda masih lagi ingat tentang tangki ikan koi yang dipasang di tangga masuk flat di Tampines Street 41? Pemiliknya kini sedang mengemukakan rayuan setelah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mengarahkan supaya tangki itu dialihkan.
(Gambar: Baey Yam Keng 马炎庆/Facebook)
BERITAmediacorp: Anda masih lagi ingat tentang tangki ikan koi yang dipasang di tangga masuk flat di Tampines Street 41? Pemiliknya kini sedang mengemukakan rayuan setelah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mengarahkan supaya tangki itu dialihkan.
HDB mengarahkan tangki ikan koi itu dialihkan atas sebab-sebab keselamatan seperti kanak-kanak yang tidak diawasi yang boleh memanjat dan terjatuh ke dalam tangki yang terbuka.
Namun, setelah Anggota Parlimen GRC Tampines, Encik Baey Yam Keng ke sekitar flat kawasan tersebut, beliau mendapati ramai penduduk sebenarnya kecewa kerana HDB tidak memberi kelulusan bagi pemilik flat tersebut untuk menyimpan tangki berkenaan.
Malah, ramai yang mengatakan tindakan pemilik tersebut tidak menimbulkan sebarang masalah sepanjang beberapa tahun lalu.
Kanak-kanak dan guru dalam Gambar Pilihan Hari Ini antara mereka yang ditemui Encik Baey. Beliau diberitahu, kanak-kanak dari pusat jagaan berdekatan suka melihat ikan dalam tangki tersebut.
"Saya meminta Majlis Bandaran untuk membantu pemilik ikan tangki tersebut mencari jalan keluar. HDB juga akan memberi masa supaya kami dapat mencapai huraiannya," tulis Encik Baey dalam catatan Facebooknya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.