Gambar Pilihan Hari Ini
Jika anda inginkan snek-snek kegemaran anda atau minuman soda, anda pasti tidak akan dapat membelinya dari mesin layan diri ini.

(Gambar: Umatilla Elementary School/CNN/Instagram)
BERITAmediacorp: Jika anda inginkan snek-snek kegemaran anda atau minuman soda, anda pasti tidak akan dapat membelinya dari mesin layan diri ini.
Tidak seperti mesin-mesin layan diri yang lain, mesin ini membantu kanak-kanak sekolah meningkatkan ilmu pengetahuan mereka.
Gambar Pilihan Kami Hari Ini memamparkan sebuah mesin layan diri yang mengandungi pelbagai buku bacaan yang dilancarkan oleh sebuah sekolah rendah di Umatilla, Florida di Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada Minggu Celik Huruf di wilayah itu.
Untuk mendapatkan buku-buku ini, para pelajar harus menggunakan token 'Bulldog Bucks' yang hanya diberikan kepada mereka jika mereka mengamalkan sikap baik budi, menyelesaikan kerja rumah atau membuat pilihan yang baik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.