Skip to main content

Gambar Pilihan Hari Ini

Benar-benar satu pengalaman unik! Hotel di wilayah Zhejiang, China ini mempunyai kemudahan mata air panas. Hanya bezanya, ia berpetak-petak dan setiap satu daripadanya diisi dengan buah-buahan atau sayur-sayuran berlainan seperti tomato, jagung, epal dan pisang.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: STR/AFP)

Diterbitkan : 08 Feb 2019 12:58PM Dikemas Kini : 08 Feb 2019 12:59PM

BERITAmediacorp: Benar-benar satu pengalaman unik! Hotel di wilayah Zhejiang, China ini mempunyai kemudahan mata air panas. Hanya bezanya, ia berpetak-petak dan setiap satu daripadanya diisi dengan buah-buahan atau sayur-sayuran berlainan seperti tomato, jagung, epal dan pisang.

Bukan itu sahaja, makanan barbeku yang sudah siap dipanggang dihidangkan dengan pencucuk gergasi yang dilintangkan antara petak-petak mata air panas tersebut. Pelancong tidak perlu keluar masuk mata air panas itu. Mereka boleh langsung makan sambil berendam dalam air panas.

Awal dari itu, sesetengah pelanggan hotel malah diberi peluang memasuki kemudahan itu secara percuma sempena Tahun Baru Cina. Anda ingin cuba?  

Sumber : BERITA Mediacorp/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita