Skip to main content

Gambar Pilihan Hari Ini

Tugas sebagai seorang teknisyen lif ternyata bukanlah mudah. Manakan tidak, mereka mempertaruhkan nyawa setiap kali bertugas kerana sering kali perlu bekerja dari tingkat tinggi, dalam lorong yang panas lagi sempit.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Encik Mohammad Hazri Ghazali semasa bertugas.

Diterbitkan : 23 Feb 2019 01:08PM Dikemas Kini : 23 Feb 2019 01:26PM

BERITAmediacorp: Tugas sebagai seorang teknisyen lif ternyata bukanlah mudah. Manakan tidak, mereka mempertaruhkan nyawa setiap kali bertugas kerana sering kali perlu bekerja dari tingkat tinggi, dalam lorong yang panas lagi sempit.

Perkara ini diakui sendiri oleh Encik Mohammad Hazri yang berkongsi pengalamannya sebagai seorang teknisyen lif bersama Mediacorp.

"Jika saya terpijak permukaan yang licin, saya akan terjatuh. Kalau dari tingkat 30, saya rasa badan pasti remuk, bukan?" kata Encik Hazri.

Risiko yang dihadapinya lebih tinggi apabila beliau dikerahkan pada sebelah malam sekiranya ada lif rosak. "Pada waktu malam, apabila bersendirian, tiada yang akan tahu jika saya pengsan, terkena renjatan elektrik... (atau) jatuh tergelincir."

Tahukah anda terdapat sekitar 67,000 lif dan hanya 2,100 teknisyen lif di Singapura? Ini bermakna, seorang teknisyen lif menguruskan sekitar 32 lif setiap seorang! 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita