Skip to main content

Gambar Pilihan Hari Ini

Tidak dinafikan kehidupan kita masa kini amat terhubung malah kerap terkait dengan teknologi digital. Namun, pernahkah anda terfikir untuk meletakkan peranti bijak anda ke tepi?

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Unsplash / Puria Berenji)

Diterbitkan : 02 Mar 2019 03:48PM Dikemas Kini : 02 Mar 2019 03:50PM

BERITAmediacorp: Tidak dinafikan kehidupan kita masa kini amat terhubung malah kerap terkait dengan teknologi digital. Namun, pernahkah anda terfikir untuk meletakkan peranti bijak anda ke tepi?

Itulah mesej di sebalik Gambar Pilihan Hari Ini. Apa kata anda luangkan masa yang bermutu dan beri tumpuan sepenuhnya kepada orang-orang tersayang pada hujung minggu ini?

Janganlah seperti seorang pakar teknologi yang ditemui Mediacorp ini yang berkata: "Saya seseorang yang kerap menggunakan telefon bijak sepanjang usia dewasa ini. Namun pada tahun lalu, saya terjerat dengan satu masalah.

"Simptom saya seperti yang biasa dialami: Saya mendapati bahawa saya tidak lagi mampu membaca buku, menonton filem sehingga sampai ke penghujungnya atau berbual-bual panjang. Media sosial membuat saya marah dan gelisah."

Sumber : BERITA Mediacorp/RU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita