Skip to main content

Gambar Pilihan Hari Ini

Foto ini sememangnya gambaran seribu bahasa. Dipetik oleh Anggota Parlimen GRC Jurong, Rahayu Mahzam, ia menggambarkan betapa ramainya anggota masyarakat Melayu kita yang mahu 'menyihatkan' diri.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Rahayu Mahzam/Facebook)

Diterbitkan : 03 Mar 2019 03:18PM Dikemas Kini : 03 Mar 2019 03:29PM

BERITAmediacorp: Foto ini sememangnya gambaran seribu bahasa. Dipetik oleh Anggota Parlimen GRC Jurong, Rahayu Mahzam, ia menggambarkan betapa ramainya anggota masyarakat Melayu kita yang mahu 'menyihatkan' diri.

Lebih 1,000 orang tidak melepaskan peluang untuk menyertai pelbagai kegiatan fizikal dalam fiesta kesihatan "Gerak Gelak" di Jurong pada Sabtu (2 Mac). Lantaran keterangkumannya yang indah itulah, kami pilih foto ini menjadi Gambar Pilihan Hari Ini.

"Terus bergerak, terus tersenyum," ujar Cik Rahayu Mahzam, yang sama-sama turun padang bersama lima Anggota Parlimen lain bagi menyertai edisi Gerak Gelak itu, yang merupakan terbesar dianjurkan sejauh ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita