Gambar Pilihan Hari Ini
Bagi para penggemar durian yang juga dikenali sebagai raja buah, pesta 'Kenduren' di Jombang ini pastinya acara yang sangat dinanti-nantikan.
(Gambar: AFP)
BERITAmediacorp: Bagi para penggemar durian yang juga dikenali sebagai raja buah, pesta 'Kenduren' di Jombang ini pastinya acara yang sangat dinanti-nantikan.
Acara yang diadakan setiap tahun itu diadakan bagi memanjatkan kesyukuran atas hasil tuaian yang baik dan ia berjaya menarik ramai pelancong dari rantau ini.
Buah durian yang digelar "raja buah" oleh para penggemar menyifatkannya sebagai buah yang mempunyai tekstur berkrim dan bau yang sangat kuat. Bagaimanapun bagi para individu yang tidak menggemarinya, bau durian dianggap seakan-akan bau longkang atau stokin yang busuk.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.