Gambar Pilihan Hari Ini
Halaman buku yang diterbitkan pada 1895 ini begitu unik sekali. Walaupun umumnya dalam Bahasa Melayu tulisan Jawi, kandungannya lain dari yang lain.

(Gambar: Clement/MCI)
BERITAmediacorp: Halaman buku yang diterbitkan pada 1895 ini begitu unik sekali. Ditulis dengan ejaan Jawi, kandungannya bagaimanapun mungkin bukan apa yang anda jangkakan.
Ini dijelaskan sendiri oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong menerusi catatan Facebooknya: Jika anda perhatikan, muka surat itu menunjukkan corak permainan 2-3-5 dalam permainan bola sepak. Menariknya, tulisan Jawi pada setiap pemain adalah untuk perkataan dalam Bahasa Inggeris, bukan Melayu. Dalam erti kata lain, tulisan Jawi untuk Bahasa Inggeris!

Sesiapa sahaja yang membacanya akan menyedari tulisan jawi digunakan untuk berbunyi "Right Back" dan "Left Back". Terjemahannya ke dalam Bahasa Melayu juga disediakan dalam tulisan Jawi. Misalnya, terjemahan "Right Back" menggunakan istilah moden "Bek Kanan" dalam tulisan Jawi.

Buku itu adalah antara artifak dalam satu pameran kecil yang diadakan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) di bangunan Parlimen.
Koleksi bahan-bahan sejarah yang jarang ditemui itu menggambarkan tahun-tahun awal sejarah Singapura.
Pameran itu dibuka kepada orang ramai di Bangunan Perpustakaan Negara hujung minggu ini, sempena memperingati dwiabad Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.