Skip to main content

Gambar Pilihan Hari Ini

Sudah sekitar sebulan serangan pengganas dilancarkan terhadap dua masjid di Christchurch, yang mengorban 50 nyawa. Namun semangat perpaduan warga New Zealand masih ketara lagi. 

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 07 Apr 2019 03:38PM Dikemas Kini : 07 Apr 2019 03:42PM

BERITAmediacorp: Sudah sekitar sebulan serangan pengganas dilancarkan terhadap dua masjid di Christchurch, yang mengorban 50 nyawa. Namun semangat perpaduan warga New Zealand masih ketara lagi.

Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan imej dan mesej yang amat jelas. Si pengganas, Brenton Tarrant gagal menyebarkan ketakutan dan kebencian antara kaum terhadap rakyat New Zealand. Sebaliknya rakyat New Zealand bertindak balas dengan mendampingi masyarakat Muslim serta menyokong mereka dengan sewajarnya.

Malah, di sebalik musibah itu, ada beberapa hikmah yang boleh diraih daripada insiden serangan pengganas itu. Antaranya, sidang Parlimen New Zealand turut dibuka dengan bacaan ayat suci al-Quran dan doa oleh Imam Nizam ul haq Thanvi. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita