Gambar Pilihan Hari Ini
Meskipun sudah lebih 40 tahun ditayangkan di layar perak, Star Wars dan Carrie Fisher akan terus bertakhta di hati peminatnya.

Seorang peminat Star Wars memperagakan watak Princess Leia di perhimpunan di Chicago pada Apr 2019 (Gambar: AFP)
BERITAmediacorp: Saga filem cereka sains Star Wars boleh dikatakan adalah antara filem Hollywood yang berjaya mengekalkan daya tarikannya dan tak lapuk ditelan zaman. Bukan sahaja jalan cerita dan set penggambarannya yang menarik, bahkan pedang 'lightsaber' yang menjadi senjata pahlawan Jedi turut menjadi kegilaan berjuta-juta peminatnya. Watak dan barisan pelakon dari filem pertamanya pada 1977 turut mempunyai peminat setia dan pengikut tegar.
Watak Leia dipegang oleh mendiang Carrie Fisher, yang meninggal dunia pada 2016. Mendiang adalah salah seorang pelakon yang akan terus dikenang dan disanjungi setelah pemergiannya. Gambar Pilihan Hari Ini menunjukkan seorang peminat yang memperagakan dirinya sebagai Princess Leia Organa yang dilakonkan Fisher sejak filem pertama.
Meskipun sudah lebih 40 tahun ditayangkan di layar perak, Star Wars dan Carrie Fisher akan terus bertakhta di hati peminatnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.