Gambar Pilihan Hari Ini
Beberapa orang bermain bola tampar di tepi pantai dengan disaksikan purnama megah tersergam indah.
(Gambar: NBCnews/Instagram)
BERITAmediacorp: Beberapa orang bermain bola tampar di tepi pantai dengan disaksikan purnama megah tersergam indah.
Gambar Pilihan Hari Ini merakamkan 'Pink Moon' yang menjelma di wilayah Salmiya, sekitar 12 batu dari timur ibu kota Kuwait.
Tahukah anda bulan penuh dalam April kadang kala dipanggil bulan merah jambu meskipun warnanya bukan sedemikian. Sebenarnya istilah itu hanyalah satu nama julukan daripada cerita rakyat, merujuk kepada bunga phlox liar yang bunga-bunga merah jambunya adalah antara bunga terawal megembang semasa musim bunga di Amerika Syarikat.
Bulan purnama ini kelihatan pada Jumaat (19 Apr) pada 7.12 pagi ET (7.12 malam waktu S'pura) dan ia terus kekal penuh sehingga pagi Sabtu. Cahaya bulan ini mungkin menjadikan sukar untuk melihat pancuran meteor Lyrid, yang memuncak pada malam 22 April tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.