Gambar Pilihan Hari Ini
Dari gambar yang dipetik dari udara ini, manusia di sekeliling kelihatan begitu kerdil di sebelah beruang teddy gergasi ini. Ada sesiapa yang ingin bawanya pulang sebagai hadiah untuk anak?

Beruang teddy gergasi di Mexico (Gambar: Mario Vazquez/AFP)
BERITAmediacorp: Patung beruang teddy adalah permainan yang diminati ramai kanak-kanak. Comel dan lembut dipegang, tidak hairanlah ia sering dilihat dalam dakapan si cilik. Namun, bagaimana pula jika ia boneka teddy gergasi?
Gambar Pilihan Hari Ini merakamkan boneka beruang teddy gergasi di Xonacatlan, Mexico. Berukuran 20 meter dan seberat 4 tan, beruang ini ternyata bukan calang-calang 'teddy bear' - ia dimasukkan dalam Buku Rekod Dunia Guiness sebagai patung beruang teddy terbesar.
Malah dari gambar yang dipetik dari udara ini, manusia di sekeliling kelihatan begitu kerdil di sebelah beruang teddy gergasi ini. Ada sesiapa yang ingin bawanya pulang sebagai hadiah untuk anak?
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.