Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Bagaimanakah persiapan rumah anda untuk menyambut Hari Raya tahun ini? Sudah gantung lampu lap-lip di tingkap? Ataupun anda memilih untuk gantung di hadapan pintu? Mengapa tidak digantung di rumah jiran sekali?

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Twitter/@shflazn)

Diterbitkan : 20 May 2019 03:14PM Dikemas Kini : 20 May 2019 03:28PM

BERITAmediacorp: Bagaimanakah persiapan rumah anda untuk menyambut Hari Raya tahun ini? Sudah gantung lampu lap-lip di tingkap? Ataupun anda memilih untuk gantung di hadapan pintu?

Bagi pengguna Twitter bernama Azan (@shflazn), beliau memilih bukan untuk menghiasi rumahnya sendiri, malah rumah jirannya juga. Gambar Pilihan Hari Ini memetik gambar yang tular di ruang media sosial, menunjukkan dua jiran yang sama-sama menghiasi ruang hadapan rumah mereka. Bukan sekadar lampu lap-lip, malah siap dengan bangku, tumbuh-tumbuhan dan lampu pelita!

Kehidupan seharian di flat memang tidak sunyi daripada ketegangan dan kurang persefahaman di antara jiran. Namun sikap Azan dan jirannya ini benar-benar menggambarkan 'semangat kampung' masih mekar di ruang-ruang koridor HDB.

Laporan berkaitan:

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan