Gambar Pilihan Hari Ini
Jika sebelum ini kami bawakan anda gambar dua jiran yang menghiaskan ruang koridor sempena Aidilfitri, Gambar Pilihan Hari Ini 'melanjutkan' hiasan sempena Lebaran hingga ke kenderaan awam pula!

(Gambar: LTA)
BERITAmediacorp: Jika sebelum ini kami bawakan anda gambar dua jiran yang menghiaskan ruang koridor sempena Aidilfitri, Gambar Pilihan Hari Ini 'melanjutkan' hiasan sempena Lebaran hingga ke kenderaan awam pula!
Bermula hari ini (24 Mei) para penumpang pengangkutan awam boleh menikmati hiasan bermotifkan rama-rama dan bunga dalam gerabak dan platform kereta api serta bas-bas tertentu bagi memeriahkan Aidilfitri yang bakal menjelang bulan depan.
Hiasan bertemakan Hari Raya bagi pengangkutan awam ini adalah hasil kerjasama Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), dengan pengendali pengangkutan awam serta kawasan undi Kembangan-Chai Chee dan Geylang Serai.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.