Skip to main content

Gambar Pilihan Hari Ini

Selain memulakan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa dengan menunaikan solat Aidilfitri di salah sebuah masjid cukup bersejarah lagi ikonik di Singapura, para jemaah juga dapat bertemu empat mata dengan Presiden Halimah Yacob.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Presiden Halimah Yacob dikerumuni jemaah wanita di Masjid Sultan selepas solat Aidilfitri pada 5 Jun 2019. (Gambar: MUIS)

Diterbitkan : 05 Jun 2019 05:17PM Dikemas Kini : 05 Jun 2019 05:18PM

BERITAmediacorp: Selain memulakan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa dengan menunaikan solat Aidilfitri di salah sebuah masjid cukup bersejarah lagi ikonik di Singapura, para jemaah juga dapat bertemu empat mata dengan Presiden Halimah Yacob.

Gambar Pilihan Hari Ini merakamkan detik di mana Puan Halimah 'diserbu' jemaah wanita sebaik sahaja selesai solat Aidilfitri. Semuanya mengerumuni Presiden kerana tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk berswafoto dengan beliau.

Tentunya, satu pengalaman indah yang tidak dapat dilupakan.

Tahun ini merupakan kali kedua Puan Halimah bersolat Aidilfitri di Masjid Sultan sejak menyandang jawatan presiden. 

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita