Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Sedang rakan-rakannya yang lain menata gaya teman-teman mereka sendiri, remaja lelaki berbaju jingga di sebelah kiri gambar ini pula seolah-olah mendapat perhatian istimewa daripada seorang dewasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini
Diterbitkan : 15 Jun 2019 03:06PM Dikemas Kini : 15 Jun 2019 03:14PM

BERITAmediacorp: Sedang rakan-rakannya yang lain menata gaya teman-teman mereka sendiri, remaja lelaki berbaju jingga di sebelah kiri gambar ini pula seolah-olah mendapat perhatian istimewa daripada seorang dewasa.

Lebih tepat lagi, samping yang digayakannya adalah sentuhan tangan penyampai berita Hazlina Halim.

Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan salah satu daripada kegiatan yang dilakukan semasa perjumpaan Hari Raya BERITAmediacorp dan DETIK bersama kanak-kanak Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) pada Khamis (13 Jun).

Tidak kering gusi juga melihat model daripada setiap kumpulan membuat peragaan pentas untuk menawan hati barisan juri dengan gaya samping paling menarik.

Pastinya, keriangan menyambut Lebaran itulah yang seluruh warga BERITAmediacorp dan DETIK cuba suntikkan dalam diri kanak-kanak dan para belia RKM biarpun buat sejenak sahaja.

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan