Gambar Pilihan Hari Ini
Selagi hayat dikandung badan, apa jua akan diredahi demi kelangsungan hidup.
(Gambar: Cerita Tentang Solo/Instagram)
BERITAmediacorp: Selagi hayat dikandung badan, apa jua akan diredahi demi kelangsungan hidup.
Begitulah gambaran kehidupan Pak Setu, warga tua yang mengisi ruang Gambar Pilihan Hari Ini dipetik pengguna instagram 'Cerita Tentang Solo'. Biarpun cacat fizikal kerana kodong kaki, beliau tetap berusaha gigih untuk mencari rezeki dengan menjual mainan di keliling kota dalam keadaan merangkak dan memilih tidak mengemis menagih simpati.
Insan-insan kurang daya seperti Pak Setu wajar ditabik atas ketabahan mereka untuk terus berjuang dan pantang menyerah.
Gambar ini dikatakan dipetik di kawasan Notosuman Solo, Jawa Tengah, Indonesia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.