Gambar Pilihan Hari Ini
Seorang ahli politik di barat laut Pakistan mencuri tumpuan ramai namun bukan kerana hujah-hujah yang dilontarkan tetapi sebaliknya, atas penampilan 'lucu' beliau.

(Gambar: globesnews/Instagram)
BERITAmediacorp: Seorang ahli politik di barat laut Pakistan mencuri tumpuan ramai namun bukan kerana hujah-hujah yang dilontarkan tetapi sebaliknya, atas penampilan 'lucu' beliau.
Manakan tidak, Shaukat Yousafzai yang menyandang jawatan menteri dilihat dalam Gambar Pilihan Hari Ini seolah-olah memakai cekak berbentuk telinga kucing dan ada misai kucing di mukanya semasa bercakap di sidang media yang dirakam secara langsung di Facebook.
Video itu menjadi tular setelah seorang daripada anggota pasukan media sosial Yousafzai secara tidak sengaja menghidupkan "cat filter" atau penapis berwajah kucing di Facebook ketika rakaman sedang berlangsung.
Penapis itu tetap kelihatan dalam video meskipun para pengguna sudah memberi teguran tentangnya.
Yousafzai kemudian setakat berseloroh dan berkata dua pegawai yang duduk sederet dengannya turut menjadi mangsa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.