Gambar Pilihan Hari Ini
Awan nan indah atau indah khabar dari rupa?

(Gambar: Facebook/Amy Christie Hunter)
BERITAmediacorp: Langit dan awan antara fenomena alam semesta yang mempunyai seribu wajah. Tiba cuaca buruk, langit yang mendung boleh kelihatan menggerunkan. Cuaca yang baik pula membawa ketenangan apabila insan mendongak ke awang-awangan.
Gambar Pilihan Hari Ini merakam fenomena Kelvin-Helmholtz, yang berlaku semasa cuaca tertentu yang mewujudkan ‘ombak’ bergulung-gulung di langit. Kejadian mengagumkan ini, menurut laman Daily Mail, bak lukisan Starry Night oleh pelukis tersohor Van Gogh.
Namun terdapat juga suara-suara sinis yang berpendapat gambar yang terlalu sempurna ini mungkin dicipta menggunakan sofwe seperti Photoshop. Ini menimbulkan tanda tanya sama ada gambar ini benar-benar merakam pemandangan seindah ini, atau sekadar indah khabar dari rupa?
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.