Skip to main content

Gambar Pilihan Hari Ini

Selepas penat terbang jauh, pasti seekor burung teringin untuk berhenti seketika dan bertenggek sebentar untuk merehatkan sayapnya. Burung merpati yang dipetik Gambar Pilihan Hari Ini tidak terkecuali.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Joe Klamar/AFP)

Diterbitkan : 22 Jun 2019 02:08PM Dikemas Kini : 22 Jun 2019 02:14PM

BERITAmediacorp: Selepas penat terbang jauh, pasti seekor burung teringin untuk berhenti seketika dan bertenggek sebentar untuk merehatkan sayapnya.

Burung merpati yang dipetik Gambar Pilihan Hari Ini tidak terkecuali. Dipetik di luar sebuah bangunan di Slovakia, gambar ini menunjukkan seekor burung merpati bertenggek di atas seekor kura-kura. Meskipun ia hanya patung dan bukan haiwan sebenar, adegan ini tetap mencuit hati.

Di alam hidupan liar pula, hubungan simbiotik antara burung yang sering kelihatan hinggap pada haiwan lebih besar memang sudah diketahui ramai. Sama ada burung Egyptian Plover yang menolong untuk membersihkan sisa makanan dalam mulut buaya, atau oxpecker yang memakan pijat yang hinggap pada badan kerbau, hubungan antara haiwan turut memainkan fungsi penting selain kelihatan comel.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita