Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Senaman yoga kian bertambah popular di seluruh dunia, lebih-lebih lagi di India dengan senaman itu merupakan satu tradisi di India.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Noah Seelam/AFP)

Diterbitkan : 28 Jun 2019 01:35PM Dikemas Kini : 28 Jun 2019 01:39PM

BERITAmediacorp: Senaman yoga kian bertambah popular di seluruh dunia, lebih-lebih lagi di India dengan senaman itu merupakan satu tradisi di India.

Senaman ini bukan setakat diadakan di dalam kelas , malah ia sering dianjurkan di kawasan terbuka seperti taman-taman.

Bagaimanapun, tempat senaman yoga seperti yang dipaparkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini ternyata lain daripada yang lain.

Buat julung-julung kalinya, satu sesi yoga dianjurkan di sebuah stesen kereta api di Hyderabad sempena meraikan Hari Yoga Antarabangsa. Jurulatih yoga Pratibha Agarwal (kiri) ingin menggalak para penumpang untuk sama-sama bersenam semasa menunggu ketibaan kereta api.

Sumber : BERITA Mediacorp/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan