Gambar Pilihan Hari Ini
Orang ramai datang berebut-rebut ayam hidup percuma yang diberikan para penternak ayam di Jogjakarta pada Rabu (26 Jun).

(Gambar: AFP)
BERITAmediacorp: Orang ramai datang berebut-rebut ayam hidup percuma yang diberikan para penternak ayam di Jogjakarta pada Rabu (26 Jun).
Para penternak ayam berbuat demikian kerana membantah arahan pihak berkuasa yang mengarahkan mereka supaya menyembelih sekitar tiga juta ayam dalam tempoh masa dua minggu! Arahan itu dikeluarkan bagi menaikkan semula harga ayam yang jatuh secara mendadak.
Para penternak meningkatkan pengeluaran ayam sempena Lebaran kerana meramalkan jumlah permintaan yang tinggi. Bagaimanapun menurut Kementerian Pertanian, permintaan akhirnya tidak seperti yang dijangkakan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.