Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Sesetengah pihak mungkin mengaitkan berat badan berlebihan dengan kata-kata positif seperti ‘comel’ atau ‘cute’. Malah susuk badan seekor haiwan yang ‘berisi’ kadangkalanya membuatnya menjadi bahan yang tular di media sosial, seperti kera yang dipaparkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 09 Jul 2019 03:37PM Dikemas Kini : 09 Jul 2019 03:40PM

BERITAmediacorp: Sesetengah pihak mungkin mengaitkan berat badan berlebihan dengan kata-kata positif seperti ‘comel’ atau ‘cute’. Malah susuk badan seekor haiwan yang ‘berisi’ kadangkalanya membuatnya menjadi bahan yang tular di media sosial, seperti kera yang dipaparkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini.

Uncle Fatty, begitulah nama jolokan yang diberikan kepada kera di Thailand ini. Menurut sesetengah laporan media, Uncle Fatty mempunyai berat badan seganda lebih berat berbanding haiwan spesies yang sama. Kerap dikongsi di media sosial adalah gambar-gambar Uncle Fatty yang sedang makan makanan yang diberikan oleh para pelancong. Namun lama-kelamaan, Uncle Fatty menjadi ‘terlalu comel’, sehingga terpaksa dihantar ke sebuah kem khas di mana pemakanannya dipantau oleh para relawan.

Lebih menyedihkan lagi, selain kebimbangan berhubung kesihatannya, Uncle Fatty baru-baru ini dikhuatiri hilang atau sudah mati, setelah berbulan-bulan tidak munculkan diri. Sebilangan laporan media menyatakan, meskipun disyaki sudah mati akibat sakit tua, terdapat beberapa relawan yang masih giat mencari Uncle Fatty.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan