Gambar Pilihan Hari Ini
Selamba sahaja orang utan berusia tiga tahun ini merayau-rayau dengan baldi biru di taman haiwan. Gayanya sahaja seperti seorang bintang atas panggung. Apa agaknya dalam fikirannya?

(Gambar: Yves Herman/Reuters)
BERITAmediacorp: Selamba sahaja orang utan berusia tiga tahun ini merayau-rayau dengan baldi biru di taman haiwan. Gayanya sahaja seperti seorang bintang atas panggung. Apa agaknya dalam fikirannya?
Inilah orang utan bergelagat lucu asal Sumatera dan kini dalam jagaan Taman Haiwan Pairi Daiza di Belgium. Namanya Berani.
Telatah lucunya berjaya menambat hati orang ramai dari pelbagai pelusuk dunia. Di Instagram sahaja, ia ibarat seorang 'influencer'. Gambarnya ini mendapat lebih 15 ribu tanda suka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.