Gambar Pilihan Hari Ini
Robot diperbuat daripada periuk belanga jadi 'teman' pesakit COVID-19 dikuarantin.

(Gambar: REUTERS/Prasto Wardoyo)
BERITAmediacorp: Menjalani tempoh pengasingan COVID-19 mungkin satu pengalaman yang membosankan, walaupun di rumah sendiri.
Namun di kampung Tembok Gede di Surabaya, Indonesia, robot buatan sendiri yang nampak biasa-biasa sahaja mampu menghilangkan rasa sunyi walau hanya seketika.
Diperbuat daripada kotak TV lama, periuk dan belanga, robot kawalan jauh ini kerjanya adalah menghantar makanan kepada pesakit COVID-19 yang menjalani kuarantin, supaya dapat mengurangkan kontak dengan orang luar.
Dengan ucapan "Assalamualaikum" dan "moga cepat sembuh", robot bernama Delta ini juga mampu mengukir senyuman di bibir sesiapa sahaja yang bertemu dengannya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.